INSTITUT PBS guru pelatih dapat memahami tingkah laku

 

 

 

 

 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU
LINTANG,

JALAN COLLEGE,

93200 KUCHING, SARAWAK

KERJA KURSUS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

 

NAMA GURU PELATIH                  :
MUHAMMAD ASHRAF BIN MANSOR

NO KAD MATRIK                             :
201711038

NO K.P                                               :
910106025461

KUMPULAN/ UNIT                          :
PDPLI-KDC PI (SR)3 NOV 2017

KOD DAN NAMA KURSUS           :
PSIKOLOGI PENDIDIKAN (EDUP 2023)

PENSYARAH                                   :
PN HJH DYG PUTRI BINTI HJ AWG MAHBI

TARIKH SERAHAN                                    :
31/1/2018

 

 

 

 

1.0 PENGENALAN

 

Pengalaman berasaskan sekolah (PBS)
merupakan satu program yang memberi kefahaman awal  kepada guru pelatih tentang alam
persekolahan. Program ini juga memberi peluang kepada guru pelatih memahami
sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah
melalui pemerhatian,penelitian dokumen,refleksi dan interaksi dengan guru serta
komuniti sekolah. Melalui PBS guru pelatih dapat memahami tingkah laku
murid,pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyatupadukan teori
dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. PBS ini juga dijalankan
bertujuan mengenalpasti tahap perkembangan pelajar di sekolah bagi membolehkan
guru merancang strategi,kaedah dan pendekatan yang sesuai digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkembangan pelajar yang dimaksudkan
diatas adalah merangkumi aspek fizikal emosi sosial dan persekitaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.0 KONSEP PRINSIP ASAS DAN FAKTOR
PERKEMBANGAN

 

Konsep perkembangan fizikal menurut
pandangan D,S Wright dan Ann Taylor ialah perkembangan sebagai perubahan yang
berlaku dalam warisan hayat(baka) dan organisasi kepada struktur organisma yang
saling berkait dengan pertambahan umur individu. Perkembangan fizikal ini juga
dihujahkan oleh mok soon sang (2009) dalam hujahnya menyatakan prinsip
perkembanagn fizikal berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan daru
tepi ke tengah dimana pertumbuhan fizikal akan mendahului kemahiran fungsinya
dan berlaku secara menyeluruh .             Berdasararkan
PBS yang saya jalankan di sekolah saya dapati perkembangan fizikal responden
saya amat bertepatan dengan konsep dan prinsip yang dinyatakan diatas. Responden
mewarisi baka iaitu gen-gen yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada responden
seperti yang dinyatakan R Hilgard baka ialah ciri biologi yang diturunkan ibu
bapa kepada anaknya melalui gen.dan berdasarkan lampiran yang saya lampirkan
dalam laporan ini menyokong hujah saya yang membuktikan responden adalah
seaorang pealajar yana cemerlang dan juga mewarisi gen ibu bapanya yang cerdik.
.Emosi juga mempengaruhi tahap perkembangan induvidu. Konsep perkembangan individu
menurut Erik Erikson ialah konflik emosi yang memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan , kegagalan untuk mengatasi konflik emosi boleh membawa
kepada masalah psikologikal ,namun setiap individu mempunyai potensi untuk
mencapai perkembangan emosi dan psikologi yang sihat. Menurut Haliza Hamzah dan
Joy N Samuel dalam buku Perkembangan Kanak- Kanak membincangkan aspek kemahiran
mengawal dan mengurus emosi dengan baik untuk perkembangan yang sempurna. Dalam
proses perkembangan emosi ini berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan
responden menunjukkan kebolehan mengetahui diri sendiri dan mengurus emosi
serta keterampilan diri yang baik. Manusia adalah merupakan makhluk allah yang
diciptakan oleh allah dengan sebaik baik kejadian iaitu manusia pertama yang
hidup di muka bumi ini ialah Adam dan Hawa. Secara realiti dan hakikinya setiap
manusia pasti akan berubah dan berkembang dari segi kognitif mereka. Menurut
Santrock (2008) dan Haliza Hamzah (2011) mentafsirkan perkembangan kognitif
ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke peringkat yang lain. Rafidah
Kastawi (2008) menyatakan perkembangan kognitif bermula daripada konkrit kepada
abstrak yang dipengaruhi oleh faktor baka. Menurut Sharani Ahmad (2005) baka
merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu
bapa kepada anak mereka,teori – teori ahli psikologi di atas menyokong hujah
saya bahawasanya responden mewarisi gen bapanya yang merupakan seorang jurutera
pelantar minyak. Perkembangan sosial merujuk kepada kebolehan individu untuk
menjalin hubungan dengan orang lain , membentuk persahabatan dan ikatan , ia
melibatkan perubahan-perubahan dan perkembangan yang berlaku kepada personality
individu. Perkembangan sosial memainkan peranan penting dalam proses perkembangan
yamg digunapakai untuk mempersembahkan pengaruh budaya terhadap pola berfikir individu.
Penjelasan dari guru , orang dewasa, maklumat dari buku, meniru merupakan
bentuk –bentuk perkembangan sosial yang ada pada responden berdasarkan
pemerhatian saya. Perkembangan sosial responden dipengaruhi oleh persekitaran
yang harmoni dan selamat baik di sekolah mahupun di rumah panjang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.0 REFLEKSI

 

Kesimpulanya tahap perkembangan
kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal, kognitif ,
emosi dan sosial walaupun masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang
sama. Perkembangan kanak-kanak juga dipengaruhi oleh peranan ibu bapa dan guru.
Dengan program PBS ini guru dapat merancang sesuatu perkara bagi membantu
pencapaian perkembangan kanak-kanak yang optimum untuk memudahkan dan
melancarkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada perancangan yang
direncanakan oleh guru mengikut kesesuaian tahap perkembangan pelajar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN

 

–      
Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah
rendah , Komponen 1 dan 2 ) Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn Bhd

–      
Mohd Sharani (2006), Psikologi Kanak-Kanak , Malaysia
: PTS Profesional

–      
Anita Woolfolk (2004) , Educational Phsycology , 9th
edition , Eaglewood Cliffs, New Jersey : Parentice-Hall Inc.

–       Jurnal
Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia Vol.5 No 1 Jun 2015 / ISSN 2232-0393

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                              

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN
 1

-Kad
001/Profil Murid

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN
2

-Keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun 2015

 

 

 

 

 

LAMPIRAN
3

-Keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun 2016

 

 

 

 

LAMPIRAN
4

-Gambar
Responden selepas ditemuramah